PAUSE HERE

27 Jun 2012


BAHAGIAN  B- Menulis karangan
Tajuk:
Anda baru saja menerima sepucuk surat daripada rakan lama anda yang telah berpindah ke sekolah lain.
Rakan anda ingin mengetahui perkembangan sekolah lamanya daripada anda. Balas surat rakan lama anda
itu.

Cadangan karangan  - sila muat turun
BAHAGIAN B: Menulis karangan
Tajuk:


Sewaktu anda dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terpandang akan seekor anak kucing yang basah
kuyup di tepi jalan.
Ceritakan tindakan yang anda ambil terhadap anak kucing itu dan peristiwa yang berlaku seterusnya.


Cadangan karangan: sila muat turun

26 Jun 2012

Latihan kertas BM 011
1. Latihan 1

LATIHAN BM 012 - BAHAGIAN C

LATIHAN 01


     Zafri seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adnan, adiknya pula suka bergaduh dengan Asrul, jiran mereka. Zafri selalu memberi nasihat kepada Adnan supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Zafri juga sering menegur sikap Adnan yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adnan yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Zafri. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

Idea-idea yang mungkin wujud kehadiran unsur nilai/pengajaran:

1. anak yang baik /mendengar kata /tidak pernah meninggi suara - hormat
2. suka bergaduh - mesra
3. memberi nasihat/menegur sikap -kasih sayang
4.terlupa membasuh tangan - menjaga kebersihan
5. menggemari makanan manis - menjaga kesihatan

Cuba bina ulasan anda  yang lengkap: 
Gunakan kata bantu berikut;-
> Penanda wacana ulasan;- Aku (Antaranya) suka (Selain itu) orang (Oleh itu) jadi (Justeru itu) askar
   (Akhirnya).
> Pemulaan ayat selepas penanda wacana :- mak (mesti) pergi (patut) pasar (perlu) wang (wajar ) hilang
   (hendak)

                    Antaranya, kita mesti .............................(nilai/huraian berdasarkan teks). Selain itu,  kita perlu...............................................(nilai/huraian berdasarkan teks) Oleh itu, kita patut.................................
nilai/huraian berdasarkan teks. Justeru , kita wajar.............................................(nilai/huraian berdasarkan teks). Akhirnya, kita hendaklah..........................................(nilai/huraian berdasarkan teks).



LATIHAN 02

Tema : Murid yang bersikap negatif

  Shamsul murid Tahun 6 Anggerik. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Shamsul  tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Shamsul.



Idea-idea yang mungkin wujud kehadiran unsur nilai/pengajaran:
1. pakaian yang kotor dan tidak kemas - menjaga kebersihan/kekemasan diri
2. dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi - menepati masa
3. memberi pelbagai alasan - mengakui kesilapan
4. tidak menumpu perhatian - tekun/fokus
5. menggangu murid-murid lain - hormat rakan-rakan
6. mengadu barang-barang mereka hilang - jujur/amanah
7. berani melawan guru - patuh/taat/hormat
8. mereka takut pada Shamsul- berani

**Calon-calon hanya perlu memilih lima nilai sahaja untuk diulas.

Cuba bina ulasan anda  yang lengkap: 
Gunakan kata bantu berikut;-
> Penanda wacana ulasan;- Aku (Antaranya) suka (Selain itu) orang (Oleh itu) jadi (Justeru itu) askar
   (Akhirnya).

> Pemulaan ayat selepas penanda wacana :- mak (mesti) pergi (patut) pasar (perlu) wang (wajar ) hilang
   (hendak)


                    Antaranya, kita mesti .............................(nilai/huraian berdasarkan teks). Selain itu,  kita perlu...............................................(nilai/huraian berdasarkan teks) Oleh itu, kita patut.................................
nilai/huraian berdasarkan teks. Justeru itu, kita wajar.............................................(nilai/huraian berdasarkan teks). Akhirnya, kita hendaklah..........................................(nilai/huraian berdasarkan teks).



 LATIHAN 03

     Ibu menyuruh Jamal  ke kedai Pak Nadir  untuk membeli tepung dan gula. Dengan marah Jamal  menunggang basikal ke kedai Pak Nadir. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.

 Idea-idea yang mungkin wujud kehadiran unsur nilai/pengajaran:
 1. marah Jamal  menunggang basikal ke kedai Pak Nadir- taat perintah
 2. menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan - berhati-hati/menjaga keselamatan
 3. membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim- mengingati pesanan
 4. singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam - menghargai
     masa
 5. Wang bakinya tidak dipulangkan - berhemah tinggi
 6. memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya -  jujur/amanah/bercakap benar

**Calon-calon hanya perlu memilih lima nilai sahaja untuk diulas.

Cuba bina ulasan anda  yang lengkap: 
Gunakan kata bantu berikut;-
> Penanda wacana ulasan;- Aku (Antaranya) suka (Selain itu) orang (Oleh itu) jadi (Justeru itu) askar
   (Akhirnya).

> Pemulaan ayat selepas penanda wacana :- mak (mesti) pergi (patut) pasar (perlu) wang (wajar ) hilang
   (hendak)


                    Antaranya, kita mesti .............................(nilai/huraian berdasarkan teks). Selain itu,  kita perlu...............................................(nilai/huraian berdasarkan teks) Oleh itu, kita patut.................................
nilai/huraian berdasarkan teks. Justeru itu, kita wajar.............................................(nilai/huraian berdasarkan teks). Akhirnya, kita hendaklah..........................................(nilai/huraian berdasarkan teks).




23 Jun 2012


PERSEDIAAN UNTUK MENULIS KARANGAN YANG MANTAP

 PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

· Lazimnya,...
· Namun demikian,
· Pada hemat saya …
· Pada pandangan saya …
· Pada realitinya,
· Sebagaimana yang kita ketahui
· Sebagaimana yang kita maklumi
· Sejak awal lagi
· Sejak kebelakangan ini
· Selain itu,
· Seperti yang telah dinyatakan
· Umum mengetahui bahawa
*Di samping itu,
* Justeru itu,
*Oleh itu,




PENANDA WACANA UNTUK AYAT  DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN

· Bagi sesetengah orang …
· Begitu juga dengan …
· Begitu juga halnya dengan …
· Bertitik tolak daripada itu …
· Bukan itu sahaja …
· Dalam hal ini …
· Dalam konteks ini ..


· Dengan adanya …
· Dengan berbuat demikian …
· Dengan perkataan lain ..
· Disebabkan hal itu
· Disebabkan keistimewaan inilah kita ..
· Hal ini berlaku disebabkan
· Hal ini penting dalam
· Hal ini serupa dengan
· Hal yang serupa berlaku apabila
· Ini disebabkan
· Ini membuktikan bahawa
· Ini menggambarkan bahawa
· Ini secara tidak langsung akan
· Ini semua meninggalkan kesan kerana
· Ini tentu sekali membuatkan
· Jadi kita perlu
· Jadi kita hendaklah
· Keadaan ini tentunya
· Lantaran it,
· Namun sejak kebelakangan ini
· Oleh itu, bolehlah dikatakan
· Secara logiknya masa yang
· Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini
· Kendatipun demikian, kita masih
· Yang paling nyata ialah
· Yang perlu kita pastikan ialah

 PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH

· Sebagai contohnya
· Biar kita lihat
· Biar kita ambil contoh
· Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
· Sebagai analoginya,
· Contoh yang ketara  ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
· Intihanya,
· Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
· Konklusinya,/kesimpulannya
· Dengan ini diharapkan
· Bukan itu sahaja
· Mudah-mudahan perkara ini
· Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa
· Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan …
· Demi merealisasikan....
BAHASA MELAYU DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI TERPINGGIR ATAU DIPINGGIRKAN???

Oleh HAMDAN AZMI ABD. AZIZ dan NOOR ROHANA MANSOR


Taraf dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996. Yang membimbangkan kita ialah taraf dan peranan tersebut kini semakin didominasi oleh bahasa Inggeris, terutamanya di institusi pengajian tinggi (IPT), baik awam mahupun swasta. Jika tidak dibendung, bahasa Melayu akan menjadi seperti “melukut di tepi gantang”.

Benarkah bahasa Melayu tidak mampu menggalas fungsi sebagai bahasa ilmu pada peringkat pengajian tinggi? Kedudukan bahasa Melayu sekarang berbeza jika dibandingkan dengan zaman awal pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada 1980-an dahulu. Pada waktu itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di IPT. Taraf bahasa Melayu berada di puncak kegemilangan apabila semua kursus peringkat ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diajarkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama pada tahun 1987. Kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan IPTA lain dalam melahirkan cerdik pandai yang berjiwa kebangsaan telah mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Kini, para pejuang bahasa berganding bahu untuk kembali memperkasakan bahasa Melayu. Alasan untuk mempercepat kemajuan sains dan teknologi negara melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris telah meninggalkan kesan kepada kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, seperti yang telah digariskan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Hal ini berlaku kerana kesangsian golongan tertentu terhadap keupayaan bahasa Melayu sehingga sanggup memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa utama pengajian di IPT.

Sesetengah pihak berpendapat, untuk mempercepat kemajuan negara, kita perlu mengubah penggunaan bahasa dalam proses pemerolehan ilmu. Kelemahan menguasai bahasa Inggeris akan mengakibatkan usaha untuk menjadi negara maju menjelang 2020 tidak akan tercapai. Ada yang beranggapan, Dasar Pendidikan Kebangsaan yang dijalankan sebelum ini tidak mampu melahirkan graduan yang berkualiti.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Jun 2012

Bahasa Jiwa Bangsa

    Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek bahasa. Maka tidak hairanlah kita lihat pada hari ini, banyak Negara maju kekal menggunakan bahasa masing-masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat Negara Perancis, German, Itali, Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan mereka masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia. 
       Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita sebagai penutur bahasa melayu tanpa mengambil  kira latar belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab. Bahasa yang kita tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita. 
        Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di Negara kita sebagai masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa. Kita kagumi oleh masyarakat di seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Tanpa melihat kepada perbezaan bangsa iaitu sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa Melayu tanpa prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya kita diberi jolokan oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, ramah dan melayan tetamu dengan sopan. Pantun Melayu ada mengungkapkan yang berbunyi :

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

     Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan. Gurindam Melayu juga ada mengingatkan kita akan peri pentingnya kita berswadaya mengekalkan kesantunan dalam berbahasa. Antara lainya berbunyi:

Kalau cakap tidak cermat,
Tentu kamu tidak selamat,
Kalau cakap tidak cermat,
Kalau kelakuan tidak hormat,
Tentu hidup tidak selamat.

Hal yang demikian juga digambarkan melalui sebahagian daripada seni kata lagu Allaryarham Tan Sri P.Ramlee iaitu:

Tiada kata secantik bahasa,
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.

    Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. 

sumber maklumat : Berita Harian
Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Berbesar Hati
Maksud : Gembira.
Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
Batu Penghalang
Maksud : Halangan
Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
Meninggi diri
Maksud : Sombong
Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.
Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.
Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong
Murah Hati
Maksud : Pemurah.
Tangan Kosong
Maksud : Hampa.
Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
Bahan penulisan karangan:

Tajuk: Faedah-faedah yang diperoleh daripada kegiatan bergotong-royong yang kamu sertai di kawasan tempat tinggal anda.


Muat Turun Bahan
1.Bahagian A
2.Bahagian B
3.Bahagian C

22 Jun 2012

Muat turun cadangan karangan:
Tajuk: Cara-cara menghormati rakan


Pembetulan Ujian Pengesanan  Mei - Setengah Tahun UPSR
1. Bahagian A - Membina 5 ayat lengkap

2. Bahagian B - Menulis Karangan
    Soalan 1
    Soalan 2
    Soalan 3

3. Bahagian C - Membina ulasan


Teknik  menulis ulasan UPSR Bahagian C daripada bahan sastera.



Pembetulan Ujian Pengesanan Mac
1. Bahagian A - Membina 5 ayat lengkap

2. Bahagian B - Menulis Karangan
    Soalan 1
    Soalan 2
    Soalan 3

3. Bahagian C - Membina ulasan


Tatabahasa- Kata Pemeri

Kata pemeri 'ialah' berfungsi membuat takrifan. Kata ini menghubungkan subjek dan predikat yang seimbang. Contoh:
  • Angin ialah udara yang bergerak.
  • Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang didasarkan kepada rakyat.
Kata pemeri 'adalah' pula memberi huraian atau penjelasan mengenai subjek. Kata ini menghubungkan subjek dengan predikat yang menjadi huraiannya. Contoh:
  • "Surat itu adalah untuk ibu saya di kampung".
  • Melihat filem adalah dengan mencari tema dan persoalannya".
Merupakan tergolong dalam kata sendi. Fungsi 'merupakan' menunjukkan makna seperti. Contoh:
  • "Beliau merupakan salah seorang negarawan agung Melayu".
  • "Perbuatan mencuri merupakan kesalahan serius".


A.   Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya;
(i)  Warna pinang masak ialah warna kegemaran ibu saya.
(ii) Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan    
     tenaga   pekerja
(iii) Bangunan di hadapan sekolah saya ialah kelab masyarakat Bedok
B.      Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi    nama.
      Contohnya ;
(i)   Kenyataan yang diberi oleh guru itu adalah sangat penting
(ii)  Fungsi utama tulang adalah sebagai pelingdung organ utama seperti jantung danparu-paru.
(iii) Hadiah yang di atas meja itu adalah untuk ibunya yang meyambut hari lahirnya.

Perhatikan kata pemeri "ialah" dalam ayat-ayat yang berikut:
(i)   Bangunan yang tinggi itu "ialah" kompleks membeli belah.
(ii) Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negera-negara membangun "ialah" kekurangan tenaga
kerja profesional.
(iii)  Antara perkara yang diutarakan dalam mesyuarat itu "ialah" peranan Bahasa       Melayu   dalam
pembangunan luar bandar.
(iv)   Fotosintesis "ialah" satu proses tumbuhan-tumbuhan membuat makanannya sendiri. 

Sekarang perhatikan penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat yang disenaraikana berikut:
(i)    Banjir kali ini "adalah" banjir yang paling besar pada tahun ini.
(ii)   Keputusan itu "adalah" tidak adil.
(iii) Sumbangan terbesar Sultan Abu Bakar "adalah" pemodenan negeri Johor.
(iv) Tuntutan para pekerja di kilang itu untuk kenaikan gaji "adalah" tidak wajar.

Pada umumnnya, kata pemeri  tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi. Contoh:
(i)   Pelajar-pelajar yang kena tangkap itu "ialah" bukan pelajar-pelajar dan sekolah kami.
(ii)  Siswazah yang baru lulus itu "ialah" bukan untuk kakitangan kerajaan.

Selain penjelasan di atas, perlu juga diingatkan bahawa kata-kata pemeri lazimnya tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata ketja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu:

(i) "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii) "Adalah" diisytiharkan bahawa han Raya Puasa jatuh pada han Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.
(iv) "Adalah" dimaklumkan bahawa tanikh pilihan raya telah ditetapkan.

Ayat-ayat yang salah di atas sehanusnya berbentuk seperti yang berikut:

(i) Dengan ini "dimaklumkan" bahawa permohonan tuan telah diluluskan.
(ii) Dengan ini "diisytiharkan" bahawa Han Raya puasa jatuh pada han Rabu.
(iii) Kemalangan jalan raya "disebabkan" oleh kecuaian pemandu.
(iv) Anda "dimaklumkan" bahawa tanikh pilihanraya telah ditetapkan .

Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeni, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perlu wujud dalam sesuatu ayat, yakni kata pemeri ini boleh digugurkan. Contoh: 

(i) Gadis yang jelita itu "ialah" anak Pak Mat.
(ii) Pakaian yang dipakai oleh Ali itu adalah terlalu mahal.