PAUSE HERE
21 September 2014
16 September 2014
14 September 2014
13 September 2014
08 September 2014
BAHAGIAN A- Membina lima ayat berdasarkan gambar.
Gambar menunjukkan suasana hari perkahwinan.
Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar tersebut.
Idea-idea utama:
1. mengambil makanan
2. menyambut tetamu
3. mengambil/menangkap gambar
4. bersilat
5. bersanding
Ayat lengkap:
1. Encik Razak mengambil makanan yang telah dihidang oleh tuan rumah majlis
perkahwinan itu.
2. Puan Rositah menyambut kedatangan Puan Selvi ke majlis perkahwinan anak
perempuannya itu.
3. Encik Lim hadir ke majlis itu bersama isterinya, Puan Lee dan anak lelakinya yang
bungsu.
4. Dua orang jurugambar sedang memfokus kamera untuk merakamkan kenangan majlis
persandingan itu.
5. Sepasang pengantin baru duduk di atas pelamin sementara seorang jejaka
mempersembahkan seni silat.

BAHAGIAN A -Membina lima ayat berdasarkan gambar
Idea-idea utama:
1. duduk/menunggu giliran
2. mengambil surat
3. berurusan i kaunter
4. mengisi borang
5. melayan orang ramai
Cadangan ayat lengkap:
1. Orang ramai duduk di kerusi sementara menunggu giliran berurusan di pejabat pos.
2. Sorang posman sedang mengambil surat daripada peti surat lalu dimasukkan ke dalam karung untuk dikirimankan kepada penerimanya.
3. Siti berdiri di hadapan kaunter pejabat pos itu untuk membeli beberapa keping setem.
4. Dua orang pemuda tekun mengisi borang di sudut menulis di dalam pejabat pos itu.
5. Pekerja-pekerja di bahagian kaunter pejabat pos bertugas melayan pelanggan dengan
sabar dan tenang

BAHAGIAN A - Membina lima ayat daripada gambar.
Gambar di bawah menunjukkan kegiatan bergotong-royong.
Bina lima ayat lengkap daripada gambar tersebut.
Idea-idea utama:
1. mencantas pokok/menggunting
2. menyapu sampah
3. membakar sampah
4. memotong rumput
5. menanam pokok bunga
6. membuang air bertakung
7. menyediakan hidangan
8. menanam tin dan botol
9. menyembur asap pembasmi nyamuk
Klik Muat Turun
07 September 2014
BAHAGIAN A - Membina 5 ayat lengkap berdasarkan gambar yang diberi.
Gambar menunjukkan suasana perkelahan di sebuah pantai.
Tuliskan 5 ayat lengkap tentang gambar tersebut.
Idea-idea utama:
1. bermain bola/pelampung
2. membina istana pasir
3. menikmati hidangan/makan bersama
4. bermain layang-layang
5. berehat di bawah pokok
6. menjual ais krim

BAHAGIAN A- Membina 5 ayat lengkap berdasarkan gambar
Gambar 1- Aktiviti bergotong-royong di kawasan sekolah
Idea-idea utama:
1. menyapu sampah
2. mengelap meja
3. mengecat dinding
4. menanam pokok/menyiram pokok
5. menyusun perabut/mengangkat meja
6. menolak kereta sorong
Peringatan:
1. Calon-calon perlu membina 5 ayat sahaja
2. Bina ayat lengakap dan gramatis (ada unsur pengembangan bahasa-keterangan ayat)
Binalah ayat berdasarkan Rumus ( ayat= ada subjek dan pradikat)
3. Telitikan ejaan dan tanda baca dalam ayat.

02 September 2014
Berjimat-cermat
Amalan Mulia
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran. Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat
Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan
atau menabung wang untuk tujuan yang
lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih
berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi. Tambahan lagi,
wang akan dapat digunakan semasa menghadapi kesusahan.
Selain itu, sikap
berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum
membeli sesuatu barangan. Sikap
seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang
perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu
merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan
seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan
boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup
berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga
menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.
KLIK MUAT TURUN

Hobi
saya/faedah-faedah membaca
Hobi bermaksud sesuatu aktiviti yang
dilakukan apabila waktu lapang. Semua orang mempunyai hobi yang tersendiri. Ada
bermacam-macam hobi yang boleh dilakukan seperti membaca, memasak, bermain bola dan berkebun.
Hobi saya ialah membaca novel.
Membaca boleh memberi banyak faedah. Dengan membaca saya dapat membaiki aspek bahasa. Semasa membaca saya dapat melihat ejaan yang betul untuk sesuatu perkataan. Malahan saya akan menemui banyak kosa kata baru. Saya juga dapat membaiki struktur ayat yang betul untuk mengarang.

Membaca juga dapat menguatkan
imaginasi. Proses imaginasi sangat baik untuk otak. Semasa proses
imaginasi sel-sel otak berhubung antara satu sama lain untuk menghasilkan imeg
secara maya. Maklumat akan terhasil setelah otak mendapat maklumat daripada bahan
bacaan. Jadi, otak aktif bekerja yang
menjadikan sesorang itu mampu berfikiran matang dan jauh ke hadapan.
Membaca dapat mengisi masa dengan cara yang berfaedah. Ia boleh dilakukan setiap kali ada masa yang terluang. Oleh itu, masa tidak akan dibazirkan dengan sia-sia seperti tidur berpanjangan, melepak dan lain-lain.
Jelaslah, membaca boleh dijadikan sebagai hobi yang baik . Orang yang membaca sentiasa menambah ilmu dan bermaklumat.

Cara-cara menceriakan kawasan sekolah
Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.
Kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut
ilmu. kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar
akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.
Salah satu langkah cara untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.
Seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program sekolah dalam taman patut
diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang
menghijau. Persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Landskap
sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan buatan serta
pondok untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut
ilmu.
Di
samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan
boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke
sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”
Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh
menyediakan cat dan berus cat. Kelab atau persatuan kokurikulum juga
digalakkan melukis mural pada dinding sekolah. Suasana Nampak lebih cantik.
Kesimpulannya, semua warga sekolah
hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini,
guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga
persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
Disediakan
oleh,
http://www.cikgusitiami.blogspot.com
Faedah-faedah
bersukan
Bersukan merupakan aktiviti luar yang menyebabkan proses perpeluhan berlaku. Kita boleh bersukan secara individu mahupun berkumpulan.Ada banyak sukan yang boleh diceburi seperti bermain badminton, bola sepak, berjoging, berbasikal dan lain-lain.
Apabila
kita bersukan, badan
kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan yang banyak dilakukan, badan
kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan itu mengandungi bahan
kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi, perpeluhan telah menyingkirkan
toksid.
Selain itu, kita dapat juga mencerdaskan otak. Dengan bersukan, oksigen lebih
banyak sampai ke otak. Aliran darah dalam badan bergerak sempurna. Otak yang cerdas membantu pelajar lulus dengan
cemerlang dalam peperiksaan.
Di samping itu, bersukan akan dapat menambah kenalan. Kita akan mengenali lebih banyak kawan semasa bersukan. Apabila
mendapat ramai kawan, kita tidaklah kekok untuk berinteraksi dengan orang lain.
Ini menjadikan kita seorang yang aktif.
Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. Aktiviti
bersukan banyak memberi faedah kepada kita. Oleh itu, kita dapat mengelakkan
diri daripada gejala negative seperti melepak, merayau-rayau dan berpoya-poya.
Jelaslah
bahawa bersukan memang banyak faedahnya. Semua orang digalakkan menyertai
kegiatan sukan. Bak kata pepatah, rakyat sihat negara makmur.
Kebaikan buah-buahan tempatan daripada buah-buah luar Negara
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam di negara sendiri. Buah-buahan tempatan seperti jambu, nangka , betik dan lain-lain lagi senang diperoleh. Manakala buah-buahan luar Negara ialah buah-buahan yang berasal dari luar Negara seperti epal, anggur, kiwi dan lain-lain.

Buah-buahan
tempatan mempunyai
khasiat yang setanding malah ada yang lebih baik lagi berbanding buah-buahan
luar negara. Kita boleh memperoleh buah-buahan tempatan yang lebih
segar tanpa bahan pengawet. Ini dapat meningkatkan tahap kesihatan yang lebih
baik berbanding makan buah-buahan luar negara yang mempunyai bahan pengawet
yang boleh menjejaskan kesihatan kita.
Kita dapat menjimatkan
belanja dengan memakan buah-buahan tempatan kerana harga yang lebih
murah berbanding buah-buahan luar negara. Dengan itu, kita dapat khasiat
dengan memakan buah-buahan tempatan dengan mudah.Kebanyakan rakyat termasuk
rakyat berpendapatan rendah mampu membeli buah-buahan tempatan berbanding
buah-buahan luar negara yang lebih mahal harganya.
Sehubungan itu, kita dapat meningkatkan ekonomi negara kita. Pendapatan para
petani kita yang mengusahakan tanaman buah-buahan tidak terjejas malah semakin
meningkat. kita dapat membantu para pengusaha tanaman buah-buahan
meningkatkan produktiviti mereka.
Jelaslah bahawa makan buah-buahan tempatan lebih baik daripada makan
bauah-buahan luar negara. Buah-buahan tempatan mampu membekalkan serat dan vitamin yang baik untuk badan.
Cara-cara
memupuk semangat kejiranan
Jiran
ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
kita. Jiran memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana
jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan
menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu,
sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain.
Selain itu, semangat
kejiranan dapat dipupuk
dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat
berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita
dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama
jiran.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih.sayang.sesama.jiran.
Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.

Cara-cara menggembirakan/menghormati ibu bapa
Ibu
bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita
tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang
sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh
sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.
Ibu
bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh.
Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang
cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa
kita gembira serta memperoleh masa depan.yang.lebih.cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu ibu bapa. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.
Selain itu, kita hendaklah berusaha menjadi anak yang taat dan patuh kepada ibu bapa. Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka. Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.

BAHAN KARANGAN BAHASA MELAYU 012 BAHAGIAN B
Dalam pada itu, komputer juga boleh menghiburkan kita. Pelbagai aktiviti yang menghiburkan dapat dilakukan seperti bermain melalui perisian komputer. Ini boleh merehatkan minda kita setelah penat belajar, asalkan tidak dilakukan secara berlebih-lebihan hingga mengabaikan pelajaran.
Kesimpulannya, mempelajari komputer mempunyai banyak faedahnya. Tambahan pula, pada masa ini banyak perkara perlu dilakukan dengan menggunakan komputer.Oleh itu, tanamkan sikap ingin mempelajari komputer agar kita tidak ketinggalan dalam arus permodenan
1. Faedah-faedah
mempelajari Komputer
Komputer
amat penting pada masa ini kerana banyak perkara terpaksa dilakukan dengan
menggunakan komputer. Oleh sebab itu, wajarlah murid-murid berusaha menguasai
ilmu komputer sejak dari sekolah rendah lagi bagi membantu mereka dalam
pembelajaran.
Antara
faedah mempelajari komputer ialah memudahkan kita memperoleh pelbagai maklumat yang
dikehendaki. Kita boleh mencari pelbagai maklumat melalui komputer dengan
melayari internet.
Selain itu, komputer juga membolehkan kita belajar dengan menggunakan perisian tertentu atau secara dalam talian. Ini memudahkan pelajar memahami pelajaran dan menambahkan minat mereka untuk terus mengikuti pelajaran.
Di samping itu, kerja-kerja pendokumenan akan lebih mudah apabila dilaksanakan oleh seseorang yang mahir komputer.Tambahan pula, dengan komputer sebarang kesilapan semasa menaip dapat dibetulkan dengan lebih mudah dan pantas. Kemahiran dalam penggunaan komputer juga dapat membantu seseorang menguruskan fail atau data-data penting dengan lebih mudah dan selamat. Ini penting untuk menghindari kita daripada masalah dan kerugian akibat kehilangan data-data atau fail-fail tersebut.
Selain itu, komputer juga membolehkan kita belajar dengan menggunakan perisian tertentu atau secara dalam talian. Ini memudahkan pelajar memahami pelajaran dan menambahkan minat mereka untuk terus mengikuti pelajaran.
Di samping itu, kerja-kerja pendokumenan akan lebih mudah apabila dilaksanakan oleh seseorang yang mahir komputer.Tambahan pula, dengan komputer sebarang kesilapan semasa menaip dapat dibetulkan dengan lebih mudah dan pantas. Kemahiran dalam penggunaan komputer juga dapat membantu seseorang menguruskan fail atau data-data penting dengan lebih mudah dan selamat. Ini penting untuk menghindari kita daripada masalah dan kerugian akibat kehilangan data-data atau fail-fail tersebut.
Dalam pada itu, komputer juga boleh menghiburkan kita. Pelbagai aktiviti yang menghiburkan dapat dilakukan seperti bermain melalui perisian komputer. Ini boleh merehatkan minda kita setelah penat belajar, asalkan tidak dilakukan secara berlebih-lebihan hingga mengabaikan pelajaran.
Kesimpulannya, mempelajari komputer mempunyai banyak faedahnya. Tambahan pula, pada masa ini banyak perkara perlu dilakukan dengan menggunakan komputer.Oleh itu, tanamkan sikap ingin mempelajari komputer agar kita tidak ketinggalan dalam arus permodenan
Faedah-faedah pelajar menyertai kegiatan
kokurikulum
Kegiatan
kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan di luar jadual waktu belajar.
Kegiatan kokurikulum terbahagi pada tiga bahagian iaitu kelab dan persatuan,
sukan dan permainan serta unit pakaian seragam.
Apabila menyertai kegiatan kokurikulum, para pelajar dapat memantapkan pengetahuan mengenai
sesuatu kegiatan. Para pelajar mendapat ilmu mengenai kemahiran tertentu
seperti berkhemah atau meningkatkan kemahiran dalam sukan yang diikuti.
Selain itu, para pelajar dapat memupuk disiplin yang
tinggi dalam diri. Setiap aktiviti yang dilakukan memerlukan pelajar
patuh kepada peraturan. Ini dapat menyemai jati diri dan menjadi pelajar yang
bertanggungjawab.
Justeru, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat memupuk sikap
positif dalam diri pelajar. Para pelajar dapat belajar bagaimana
untuk bekerjasama dan mempunyai semangat setia kawan. Setiap aktiviti yang
dijalankan dapat menjadikan para pelajar bersatu padu dan membuat
aktiviti dalam suasana harmonis.
Seterusnya, bakat
para pelajar dapat dicungkil melalui
kegiatan kokurikulum. Bakat yang terpendam dapat dipupuk dan dikembangkan untuk
kebaikan pelajar . Para pelajar dapat menggunakan bakat yang ada untuk mencorak
kerjaya pada masa hadapan.
Oleh itu, para pelajar perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan
kokurikulum. Jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum memberi banyak faedah kepada
pelajar.
Langgan:
Catatan (Atom)