Bahagian C- Membina Ulasan
( Masa dicadangkan : 20 minit )
( 20 markah )
( 20 markah )
Tulis lima
nilai murni/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan
kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Petang ini, Aswad akan menjalani latihan bola sepak di
padang sekolahnya. Aswad bertolak awal ke sekolah kerana hari ini
diadakan pemilihan pemain yang akan mewakili sekolahnya. Di pertengahan
jalan, Aswad terserempak dengan seorang lelaki tua yang terjatuh daripada
basikalnya. Aswad segera membantu lelaki tua itu. Dia memimpin lelaki tua itu
ke tepi jalan. Dia segera menahan kereta yang lalu di situ dan meminta
pemandunya menghantar lelaki tua itu ke hospital. Sesampai di sekolah, Aswad
telah terlewat. Dia memohon maaf daripada guru pembimbing dan menceritakan apa
yang telah berlaku. Gurunya bersimpati dan memuji-muji tindakan Aswad
itu. Berkat kesungguhannya, Aswad telah berjaya terpilih sebagai pemain
bola sepak sekolahnya. Dia bersyukur dan berjanji akan bermain
bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan