PAUSE HERE

24 Disember 2013

Saya mengambil kesempatan di sini utnuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang memperoleh keputusan 5A dalam UPSR 2013. Tahniah kepada yang lulus dengan Gred A,B, dan C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Semoga anda akan lebih sukses pada masa hadapan. Perjalanan anda masih panjang di hadapan. Anda perlu lebih rajin dan komited dalam azam mencapai kejayaan.

14 Ogos 2013

Assalam...selamat hari raya kepada pembaca blog...maaf zahir dan batin..tetepi ingat jadual belajar mesti diteruskan,peperiksaan upsr semakin hampir.

26 Julai 2013

25 Januari 2013

Salam dan selamat sejahtera..Bagaimana dengan perksekolah anda semua?Jom kita mengulangkaji mengenai Kata Adjektif. Kata adjektif (KA)ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya). Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan. Jenis-jenis kata adjektif: 1. Sifat=Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat warna Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat 2. Ukuran=Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis 3. Bentuk=Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong. 4. Waktu=Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam. 5. Jarak=Dekat, hampir, jauh 6. Cara=Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah. 7. Pancaindera=rasa,pandang,dengar,bau,sentuh,sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau,buruk, hodoh, jelita, cantik,Bising, senyap,busuk, wangi, hangit, hapak,Kesat, kasar, lembab, halus, licin 8. Perasaan=Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira. TIP PENTING!!!!! Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya. Contoh: 1. Saya sangat segan dengan awak 2. Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia 3. Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka.