19 November 2014

AKTIVITI PASCA UPSR



SELAMAT BERCUTI SEKOLAH SEMUA, MANFAATKAN MASA CUTI SEBAIK 
MUNGKIN. JAGA KESELAMATAN DIRI DAN TAAT KEPADA IBU BAPA 
DAN ALLAH.



13 September 2014

BAHAGIAN A- Membina lima ayat lengkap berdasarkan gambar.



Idea-idea Utama:

1. Mandi-manda
2. Memancing 
3. Terjun
4. Memerhati
5. bermain air


11 September 2014

08 September 2014

BAHAGIAN A- Membina lima ayat lengkap

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti lawatan.
Tulis lima ayat lengkap daripada gambar di bawah.


Idea-idea utama:
1. beratur menaiki bas
2. melihat haiwan
3. mengkap gambar
4. memberi makan haiwan

BAHAGIAN A- Membina lima ayat berdasarkan gambar.

Gambar menunjukkan suasana hari perkahwinan.
Bina lima ayat lengkap berdasarkan gambar tersebut.




Idea-idea utama:

1. mengambil makanan
2. menyambut tetamu
3. mengambil/menangkap gambar
4. bersilat
5. bersanding

Ayat lengkap:
1. Encik Razak mengambil makanan yang telah dihidang  oleh tuan rumah majlis 
    perkahwinan itu.

2. Puan Rositah menyambut kedatangan Puan Selvi ke majlis perkahwinan anak 
    perempuannya itu.

3. Encik Lim hadir ke majlis itu bersama isterinya, Puan Lee dan anak lelakinya yang 
    bungsu.

4. Dua orang jurugambar sedang memfokus kamera untuk merakamkan kenangan majlis 
    persandingan itu.

5. Sepasang pengantin baru duduk di atas pelamin sementara seorang jejaka 
    mempersembahkan seni silat.

BAHAGIAN A -Membina lima ayat berdasarkan gambar



Idea-idea utama:

1. duduk/menunggu giliran
2. mengambil surat
3. berurusan i kaunter
4. mengisi borang
5. melayan orang ramai

Cadangan ayat lengkap:
1. Orang ramai duduk di kerusi sementara menunggu giliran berurusan di pejabat pos.

2. Sorang posman sedang mengambil surat daripada peti surat lalu dimasukkan ke dalam       karung untuk dikirimankan kepada penerimanya.

3. Siti berdiri di hadapan kaunter pejabat pos itu untuk membeli beberapa keping  setem.

4. Dua orang pemuda tekun mengisi borang di sudut menulis di dalam pejabat pos itu.

5. Pekerja-pekerja di bahagian kaunter pejabat pos bertugas melayan pelanggan dengan 
    sabar dan tenang

BAHAGIAN A - Membina lima ayat daripada gambar.

Gambar di bawah menunjukkan kegiatan bergotong-royong.
Bina lima ayat lengkap daripada gambar tersebut.


Idea-idea utama:

1. mencantas pokok/menggunting
2. menyapu sampah
3. membakar sampah
4. memotong rumput
5. menanam pokok bunga
6. membuang air bertakung
7. menyediakan hidangan
8. menanam tin dan botol
9. menyembur asap pembasmi nyamuk

Klik Muat Turun

07 September 2014

BAHAGIAN A - Membina 5 ayat lengkap berdasarkan gambar yang diberi.

Gambar menunjukkan suasana perkelahan di sebuah pantai.
Tuliskan 5 ayat lengkap tentang gambar tersebut.


Idea-idea utama:

1. bermain bola/pelampung
2. membina istana pasir
3. menikmati hidangan/makan bersama
4. bermain layang-layang
5. berehat di bawah pokok
6. menjual ais krim


Klik Muat Turun
BAHAGIAN A- Membina 5 ayat lengkap berdasarkan gambar

Gambar 1- Aktiviti bergotong-royong di kawasan sekolah


Idea-idea utama:

1. menyapu sampah
2. mengelap meja
3. mengecat dinding
4. menanam pokok/menyiram pokok
5. menyusun perabut/mengangkat meja
6. menolak kereta sorong

Peringatan:
1. Calon-calon perlu membina 5 ayat sahaja
2. Bina ayat lengakap dan gramatis (ada unsur pengembangan bahasa-keterangan ayat)
    Binalah ayat berdasarkan Rumus ( ayat=  ada subjek dan pradikat)
3. Telitikan ejaan dan tanda baca dalam ayat.

Klik Muat Turun

02 September 2014

  Berjimat-cermat Amalan Mulia 

            Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran. Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat

             Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi. Tambahan lagi, wang akan dapat digunakan semasa menghadapi kesusahan.

            Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

            Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.

            Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

            Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.



KLIK MUAT TURUN

 Hobi saya/faedah-faedah membaca

            Hobi bermaksud sesuatu aktiviti yang dilakukan apabila waktu lapang. Semua orang mempunyai hobi yang tersendiri. Ada bermacam-macam hobi yang boleh dilakukan seperti  membaca, memasak, bermain bola dan berkebun. Hobi saya ialah membaca novel.

          Membaca boleh memberi banyak faedah. Dengan membaca saya dapat membaiki aspek bahasa. Semasa membaca saya dapat melihat ejaan yang betul untuk sesuatu perkataan. Malahan saya akan menemui banyak kosa kata baru. Saya juga dapat membaiki struktur ayat yang betul untuk mengarang. 

            Membaca juga dapat menguatkan imaginasi. Proses imaginasi sangat baik untuk otak. Semasa proses imaginasi sel-sel otak berhubung antara satu sama lain untuk menghasilkan imeg secara maya. Maklumat akan terhasil setelah otak mendapat maklumat daripada bahan bacaan. Jadi, otak  aktif bekerja yang menjadikan sesorang itu mampu berfikiran matang dan jauh ke hadapan.

           Membaca dapat mengisi masa dengan cara yang berfaedah. Ia boleh dilakukan setiap kali ada masa yang terluang.  Oleh itu, masa tidak akan dibazirkan dengan sia-sia seperti tidur berpanjangan, melepak dan lain-lain.
       
         Jelaslah, membaca boleh dijadikan sebagai  hobi yang baik . Orang yang membaca sentiasa menambah ilmu dan bermaklumat.


KLIK MUAT TURUN

Cara-cara menceriakan kawasan sekolah

                  Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.  Kawasan sekolah  yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu. kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.

    Salah satu langkah cara untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong.  Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah.  Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.  

             Seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program sekolah dalam taman patut diadakan dengan menanam  pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar.  Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan buatan serta pondok untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu.

            Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.  Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”  Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat.  Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis mural pada dinding sekolah. Suasana Nampak lebih cantik.


            Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

Disediakan oleh,
http://www.cikgusitiami.blogspot.com

    Faedah-faedah bersukan
          
             Bersukan merupakan aktiviti  luar yang menyebabkan proses perpeluhan berlaku. Kita boleh bersukan secara individu mahupun berkumpulan.Ada banyak sukan yang boleh diceburi seperti bermain badminton, bola sepak, berjoging, berbasikal dan lain-lain.

            Apabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan yang banyak dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan itu mengandungi bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi, perpeluhan telah menyingkirkan toksid.

          Selain itu, kita dapat juga mencerdaskan otak. Dengan bersukan, oksigen lebih banyak sampai ke otak. Aliran darah dalam badan bergerak sempurna.  Otak yang cerdas membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

          Di samping itu, bersukan akan dapat menambah kenalan. Kita akan mengenali lebih banyak kawan  semasa bersukan. Apabila mendapat ramai kawan, kita tidaklah kekok untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan kita seorang yang aktif.

          Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. Aktiviti bersukan banyak memberi faedah kepada kita. Oleh itu, kita dapat mengelakkan diri daripada gejala negative seperti melepak, merayau-rayau dan berpoya-poya.

         Jelaslah bahawa bersukan memang banyak faedahnya. Semua orang digalakkan menyertai kegiatan sukan. Bak kata pepatah, rakyat sihat negara makmur.

 Kebaikan buah-buahan tempatan daripada buah-buah luar Negara
            
            Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam di negara sendiri. Buah-buahan tempatan seperti jambu, nangka , betik dan lain-lain lagi senang diperoleh. Manakala buah-buahan luar Negara ialah buah-buahan yang berasal dari luar Negara seperti epal, anggur, kiwi dan lain-lain.     
      
Buah-buahan tempatan mempunyai khasiat yang setanding malah ada yang lebih baik lagi berbanding buah-buahan luar negara. Kita boleh memperoleh buah-buahan tempatan yang lebih segar tanpa bahan pengawet. Ini dapat meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik berbanding makan buah-buahan luar negara yang mempunyai bahan pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan kita.

            Kita dapat menjimatkan belanja dengan memakan buah-buahan tempatan kerana harga yang lebih murah  berbanding buah-buahan luar negara. Dengan itu, kita dapat khasiat dengan memakan buah-buahan tempatan dengan mudah.Kebanyakan rakyat termasuk rakyat berpendapatan rendah  mampu membeli buah-buahan tempatan berbanding buah-buahan luar negara yang lebih mahal harganya.

            Sehubungan itu, kita dapat meningkatkan ekonomi negara kita. Pendapatan para petani kita yang mengusahakan tanaman buah-buahan tidak terjejas malah semakin meningkat. kita dapat membantu para pengusaha  tanaman buah-buahan meningkatkan produktiviti mereka.

            Jelaslah bahawa makan buah-buahan tempatan lebih baik daripada makan bauah-buahan luar negara. Buah-buahan tempatan mampu membekalkan serat dan vitamin yang baik untuk badan.


KLIK MUAT TURUN

    Cara-cara memupuk semangat kejiranan

            Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.

            Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain.

            Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.

            Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih.sayang.sesama.jiran.

            Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.


KLIK MUAT TURUN

     Cara-cara menggembirakan/menghormati ibu bapa

            Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati mereka.

            Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa depan.yang.lebih.cerah.

            Di samping itu, kita juga haruslah membantu ibu bapa. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.

Selain itu, kita hendaklah berusaha menjadi anak yang taat dan patuh kepada ibu bapa. Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati mereka. Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa berhadapan dengan mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.

            Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu bapa kita sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.


KLIK MUAT TURUN



BAHAN KARANGAN BAHASA MELAYU 012 BAHAGIAN B



1.    Faedah-faedah mempelajari Komputer
            Komputer amat penting pada masa ini kerana banyak perkara terpaksa dilakukan dengan menggunakan komputer. Oleh sebab itu, wajarlah murid-murid berusaha menguasai ilmu komputer sejak dari sekolah rendah lagi bagi membantu mereka dalam pembelajaran.

            Antara faedah mempelajari komputer ialah memudahkan kita memperoleh pelbagai maklumat yang dikehendaki. Kita boleh mencari pelbagai maklumat melalui komputer dengan melayari internet.
Selain itu, komputer juga membolehkan kita belajar dengan menggunakan perisian tertentu atau secara dalam talian. Ini memudahkan pelajar memahami pelajaran dan menambahkan minat mereka untuk terus mengikuti pelajaran.

            Di samping itu, kerja-kerja pendokumenan akan lebih mudah apabila dilaksanakan oleh seseorang yang mahir komputer.Tambahan pula, dengan komputer sebarang kesilapan semasa menaip dapat dibetulkan dengan lebih mudah dan pantas. Kemahiran dalam penggunaan komputer juga dapat membantu seseorang menguruskan fail atau data-data penting dengan lebih mudah dan selamat. Ini penting untuk menghindari kita daripada masalah dan kerugian akibat kehilangan data-data atau fail-fail tersebut. 

            Dalam pada itu, komputer juga boleh menghiburkan kita. Pelbagai aktiviti yang menghiburkan dapat dilakukan seperti bermain melalui perisian komputer. Ini boleh merehatkan minda kita setelah penat belajar, asalkan tidak dilakukan secara berlebih-lebihan hingga mengabaikan pelajaran.

            Kesimpulannya, mempelajari komputer mempunyai banyak faedahnya. Tambahan pula, pada masa ini banyak perkara perlu dilakukan dengan  menggunakan komputer.Oleh itu, tanamkan sikap ingin mempelajari komputer agar kita tidak ketinggalan dalam arus permodenan

    Faedah-faedah pelajar  menyertai kegiatan kokurikulum

            Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan di luar jadual waktu belajar. Kegiatan kokurikulum terbahagi pada tiga bahagian iaitu kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta unit pakaian seragam.

          Apabila menyertai kegiatan kokurikulum, para pelajar dapat memantapkan pengetahuan mengenai sesuatu kegiatan. Para pelajar mendapat ilmu mengenai kemahiran tertentu seperti berkhemah atau meningkatkan kemahiran dalam sukan yang diikuti.

          Selain itu, para pelajar dapat memupuk disiplin yang tinggi dalam diri.  Setiap aktiviti yang dilakukan memerlukan pelajar patuh kepada peraturan. Ini dapat menyemai jati diri dan menjadi pelajar yang bertanggungjawab.

          Justeru, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat memupuk sikap positif dalam diri pelajar. Para pelajar dapat belajar bagaimana untuk bekerjasama dan mempunyai semangat setia kawan. Setiap aktiviti yang dijalankan  dapat menjadikan para pelajar bersatu padu dan membuat aktiviti dalam suasana harmonis.

          Seterusnya, bakat para pelajar dapat dicungkil melalui kegiatan kokurikulum. Bakat yang terpendam dapat dipupuk dan dikembangkan untuk kebaikan pelajar . Para pelajar dapat menggunakan bakat yang ada untuk mencorak kerjaya pada masa hadapan.

          Oleh itu, para pelajar perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan kokurikulum. Jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum memberi banyak faedah kepada pelajar.

30 Ogos 2014


Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka untuk semua rakyat Malaysia, semoga aman makmur dan diberkati Allah. Kepada pelajar-pelajar UPSR , tarikh semakin hampir 9 September 2014. Anda belum lagi 'merdeka' dari bersedia untuk peperiksaan itu.Semoga terus sukses sehingga keringat terakhir.

16 Ogos 2014

Assalamualaikum..wb..dan salam sejahtera kepada semua. Peperiksaan UPSR semakin dekat. Peperiksaan akan bermula pada 9, 10 dan 11 September 2014. Jadual calon juga sudah diedarkan.Sila rujuk dan semak untuk menaikan 'mood' peperiksaan. Syabas kepada yang sudah bersedia. Masih ada masa kepada yang belum cukup bersedia. Setiap saat dan minit masih berharga untuk mengorak langkah terakhir. Teruskan selagi nyawa dikandung badan.



Sila Lihat Jadual UPSR 2014

Soalan-soalan Percubaan UPSR 2014

Bahasa Melayu Penulisan Terengganu
Bahasa Melayu Pemahaman Terengganu

Bahasa Melayu Pemahaman  Lipis- Jerantut Pahang
Bahasa Melayu Penulisan Lipis-Jerantut Pahang
Bahasa Melayu Pemahaman KuantanPahang
Bahasa Melayu Penulisan Kuantan-Pahang

Bahasa Melayu Pemahaman Selangor
Bahasa Melayu Penulisan Selangor
Bahasa Melayu Pemahaman Pudu Selangor
Bahasa Melayu Penulisan Pudu Selangor

Bahasa Melayu Pemahaman P.Pinang
Bahasa Melayu Penulisan P.Pinang

Bahasa Melayu Pemahaman Johor-Kulaijaya
Bahasa Melayu Penulisan Johor-Kulaijaya



08 Julai 2014

CADANGAN JAWAPAN: BAHAGIAN A- Membina lima ayat lengkap daripada aktiviti dalam gambar .



 1. Puan Liza memasak lauk-pauk di dapur untuk hidangan makan tengah hari keluarganya.
 2. Ani mencuci pinggan-mangkuk manakala kakaknya memotong sayur dengan berhati-hati.
 3. Encik Zaid mengumpulkan daun-daun kering di bawah pokok pelam supaya halaman rumahnya bersih         dan ceria.
 4. Zaidi membersihkan longkang rumahnya supaya air tidak bertakung dan tersumbat manakala Mona     membubuh baja pada pokok bunga.
 5. Zaranah menolong bapanya menuang daun-daun kering menggunakan pongkes ke dalam sebuah kereta       sorong.
PROGRAM PECUTAN UPSR 1. SET TAMBAH NILAI BM 012 TERENGGANU 2012

16 Jun 2014

PROGRAM PECUTAN- KATA KERJA
Semak dan ingat:
PROGRAM PECUTAN AKHIR UPSR sedang bermula di sekolah-sekolah rendah. Tahniah kepada pelajar yang menyertai program ini.Insyallah kecemerlang UPSR adalah objektif utamanya

14 Jun 2014

13 Jun 2014

Habis sudah cuti penggal pertengahan tahun 2014 Esok persekolahan bagi negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah

31 Mei 2014

Selamat Bercuti Pertengahan Tahun 2014 Semoga bijak memanfaatkan masa anda ututk mengisi masa lapang, beriadah dan pergi bercuti

16 Mei 2014

Contoh karangan berbentuk tindakan. Sila baca contoh karangan ini untuk menambahkan kemahiran anda menjawab soalan berbentuk tindakan yang diambil. Soalan ini berdasarkan Percubaan negeri Kelantan tahun 2012. boleh dimuat turun. klik muat turun
SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2014

13 Mei 2014

UPPM2 Bahagian B - Soalan 2 Perbualan tentang pengalaman melancong bersama keluarga klik muat turun

11 Mei 2014

UPPM2 - Bahagian B Soalan 1 Tulis karangan tentang cara-cara menjaga keselamatan diri ketika bermain di taman permainan. klik muat turun

20 Mac 2014

UPPM1- SK BANDAR RENGAM

Bahagian C- Membina Ulasan
( Masa  dicadangkan : 20 minit ) 
( 20 markah )

Tulis lima nilai murni/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Petang ini, Aswad akan menjalani latihan bola sepak di   padang sekolahnya.  Aswad bertolak awal ke sekolah kerana hari ini diadakan pemilihan pemain yang akan mewakili sekolahnya.  Di pertengahan jalan, Aswad terserempak dengan seorang  lelaki tua yang terjatuh daripada basikalnya. Aswad segera membantu lelaki tua itu. Dia memimpin lelaki tua itu ke tepi jalan. Dia segera menahan kereta yang lalu di situ dan meminta pemandunya menghantar lelaki tua itu ke hospital. Sesampai di sekolah, Aswad telah terlewat. Dia memohon maaf daripada guru pembimbing dan menceritakan apa yang telah berlaku.  Gurunya bersimpati dan memuji-muji tindakan Aswad itu.  Berkat kesungguhannya, Aswad telah berjaya terpilih sebagai pemain bola sepak sekolahnya. Dia bersyukur dan berjanji akan bermain bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolahnya.