PAUSE HERE

20 Mac 2014

UPPM1- SK BANDAR RENGAM

Bahagian C- Membina Ulasan
( Masa  dicadangkan : 20 minit ) 
( 20 markah )

Tulis lima nilai murni/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


Petang ini, Aswad akan menjalani latihan bola sepak di   padang sekolahnya.  Aswad bertolak awal ke sekolah kerana hari ini diadakan pemilihan pemain yang akan mewakili sekolahnya.  Di pertengahan jalan, Aswad terserempak dengan seorang  lelaki tua yang terjatuh daripada basikalnya. Aswad segera membantu lelaki tua itu. Dia memimpin lelaki tua itu ke tepi jalan. Dia segera menahan kereta yang lalu di situ dan meminta pemandunya menghantar lelaki tua itu ke hospital. Sesampai di sekolah, Aswad telah terlewat. Dia memohon maaf daripada guru pembimbing dan menceritakan apa yang telah berlaku.  Gurunya bersimpati dan memuji-muji tindakan Aswad itu.  Berkat kesungguhannya, Aswad telah berjaya terpilih sebagai pemain bola sepak sekolahnya. Dia bersyukur dan berjanji akan bermain bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolahnya.


UPPM1- SK BANDAR RENGAM

BAHAGIAN B- Menulis karangan
Markah : 30
Masa dicadangkan: 40 minit


 1.        Kamu telah berpindah ke sekolah baru.
Tulis sepucuk surat kepada seorang rakan sekelas kamu untuk menceritakan tentang sekolah baru kamu.
   
ATAU


2.         Dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu terjumpa sebuah beg dompet yang terjatuh ke dalam  longkang.
            Tuliskan tindakan-tindakan yang kamu lakukan apabila terjumpa beg dompet itu.

   
ATAU


3.         Menghormati orang tua merupakan amalan yang mulia.
            Tuliskan karangan bertajuk cara-cara menghormati orang tua.

cccc

CCa

19 Mac 2014

UPPM1 SK Bandar Rengam
Bahagian A

BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)
Markah : 10
Masa dicadangkan: 15 minit

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti membersihkan kelas.
Bina lima ayat lengkap tentang  aktiviti itu.






1.________________________________________________________________________________
    
   _______________________________________________________________________________

2.________________________________________________________________________________

   ________________________________________________________________________________

3.________________________________________________________________________________

    _______________________________________________________________________________

4.________________________________________________________________________________

   ________________________________________________________________________________

5.________________________________________________________________________________


   ________________________________________________________________________________