PAUSE HERE

08 Februari 2014

LATIHAN MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN C UPSR 2010) Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Sahabatku Fadhli,
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah saya. Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman. Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru tersebut. Lawatan seterusnya ke ‘Underwater World’, iaitu tempat pelbagai jenis kehidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan. Sebelum pulang kami singgah di pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga. Senaraikan frasa utama dan nilai yang dijelmakan dalam jadual di bawah. _________________________________________________________________________________
Bil                                   Frasa nilai                                                                Nilai yang dijelmakan
_________________________________________________________________________________
1

2

3

4

5
_________________________________________________________________________________

Tulis Ulasan Lengkap Anda.

___________________________________________________________________________

Muat turun latihan KLIK DI SINI

03 Februari 2014

Selamat menghadapi pembelajaran. Semoga anda tekun dan fokus
Anda perlu menggunakan akal untuk membuat keputusan yang betul dan tepat
SELAMAT TAHUN BARU