PAUSE HERE

21 April 2020

CABARAN LOCKDOWN - TEKA PERIBAHASA

Grafik peribahasa ini saya hasilkan ini terdapat lebih kurang 45 hingga 50 peribahasa di dalamnya.

Selamat menempuhi  cabaran ini. Semoga berjaya.
Anda boleh hantar jawapan kepada saya melalui

Email: sitamiramlan@gmail.com

Wsup: https://bit.ly/2VJKHhP

Telegram: https://t.me/cikgusitimazlan



15 April 2020

Kepda pelajar-pelajar yang menghadapi masalah talian Internet, anda boleh menggunakan modul cetakan sebagai ganti. Di sini saya kongsikan modul yang dapat membantu waktu senggang anda.

https://drive.google.com/file/d/1ipkQCx2EgpQHlTgSxJI98DwUVOHgRceY/view?usp=sharing
PEPERIKSAAN UPSR TAHUN 2020 TELAH DIBATALKAN YANG DIUMUKAN SEMALAM OLEH MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA.



KAEDAH BAHARU AKAN DIPERKENAL UNTUK MENGENAL PASTI PRESTASI PELAJAR.

#PKP  menjadikan PDPC maya adalah sangat relevan dan sesuai demi keselamatan pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar harus sentiasa mengikuti perkembangan sumber pendidikan dari semasa ke semasa. Banyak sumber pendidikan digital telah dikongsi di laman sosial. Jadikan PDPC maya juga mampu menyebar ilmu untuk diri anda.

10 April 2020

06 April 2020

RESPON  BAHAGIAN C  UPPM1 DAERAH KLUANG

SOALAN 1




Soalan 1 - Catatan Perkhemahan
Cadangan Draf  karangan:

*Format karangan ialah catatan (Tarikh, masa)

Pengenalan: 
- Di mana perkhemahan berlaku? Siapa penganjur perkhemahan? Siapa yang terlibat? Taklimat perkhemahan diadakan?

Isi penting:
1. tiba di tapak perkhemahan/ menerima alatan /menyusun alatan/mendirikan khemah/menghias khemah

2. aktiviti pertandingan memasak/ syarat pertandingan menggunakan bahan-bahan mentah yang dibekalkan oleh penganjur/melantik 2 orang tukang masak daripada ahli kumpulan/ berusaha menhasilkan masakan ikut krateria juri.
   Persiapan persembahan malam bakat muda/ serentak dengan aktiviti pertandingan memasak oleh 4 orang ahli/persembahan bertemakan lakonan dan nyanyian

3. malam bakat muda: persembahan  ini dipertandingan/semua kumpulan melakukan persembahan yang menarik dan mendapat tepukan gemuruh /pakaian ahli-ahli persembahan sangat kreatif menggunakan bahan-bahan yang sedia ada/ perserta perkhemahan sangat seronok

4. aktiviti flora & fauna- tugasan peserta dikehendaki mencari dan menyenaraikan nama haiwan atau serangga dan jenis pokok yang dijumpai  sepanjang laluan/ setiap kumpulan perlu memilih salah satu daripada haiwan atau serangga dan pokok untuk dijadikan simbol kumpulan masing-masing.

Kesimpulan: mengemas peralatan/membuka khemah/memugut sampah/menyimpan barang-barang peribadi/menyerahkan alatan kepada urusetia/majlis penutup dan penyampaian sijil/bersurai/harapan

JOM menguji lagi kemahiran bahasa anda. Jawap soalan kuiz di bawah.

quizizz.com/join/quiz/5e8a9b7cd30c80001ba3d7e8/start?from=soloLinkShare&referrer=5e8a94d6352f93001b3a7921

05 April 2020

Selamat pagi dan salam sejahtera semua. Semoga terus sihat dan mengisi masa dengan baik sepanjang PKP #stayathome


KUIZ  (2)

https://forms.gle/z7krYyuYnxKWnwDu9






SALAM SEJAHTERA SEMUA.
Berikut ada kuiz tatabahasa daripada cikgu, harap anda boleh menjawabnya  dengan tepat.

KUIZ  (1)

https://forms.gle/a9RKRkhJw9bqXWjGA

31 Mac 2020

RESPON PEPERIKSAAN UPPM1

Respons ulasan UPPM1

Bahagian B

Gambar yang diberi menunjukkan amalan gaya hidup sihat.

Langkah-langkah calon
1. Lihat dan fahami gambar.
2. Telitikan tajuk dan idea-idea yang telah diberi pada setiap gambar (Jika ada)
3. Jika tiada idea diberi pada setiap gambar, calon mestilah mencatat/ menulis idea-idea yang
sesuai dengan gambar dan tajuk utama.




Gambar di bawah bertajuk amalan gaya hidup sihat (tiada idea-idea untuk tiap-tiap gambar).
Oleh itu, senaraikan idea-idea yang relevan seperti berikut;

a. makan makanan berkhasiat
b. tidur yang cukup
c. bersukan/bersenam
d. minum air mineral yang cukup
e. beriadah

4. Tulis ulasan yang lengkap berdasarkan idea-idea di atas tidak kurang 50 patah perkataan.

Berikut adalah panduan cara menulis ulasan.
1. Ulasan mesti ditulis dalam bentuk perenggan. Satu perenggan boleh. Dua perenggan boleh dan tiga perenggan boleh.

Saya suka mencadangkan calon-calon menulis ulasan hanya satu perenggan sahaja. MENGAPA????

MENGAPA Saya mencadangkan satu perenggan????
Penyebabnya ialah untuk menyedarkan @ mengingatkan calon bahawa yang sedang ditulis ialah ulasan bukan karangan. Di bimbangi calon-calon terleka semasa menulis seolah-olah bahagian yang ditulis itu ialah karangan (bahagian C). Jadi calon-calon akan membuang masa yang lama sedangkan bahagian C sebenarnya belum dijawab. Hal ini akan menyebabkan calon-calon kehilangan masa untuk menyiapkan penulisan karangan di bahagian C. Sekali gus calon-calon akan kehilangan markah yang banyak di bahagian C.
INGATLAH, mencari jalan mudah dan tidak menyalahi syarat LPM adalah hal yang menyelamatkan diri anda.

Berikut ialah panduan lengkap ulasan. 




Berikut adalah ulasan cadangan daripada saya sebagai rujukan dan panduan.

Ada banyak cara amalan gaya hidup sihat Antaranya, kita mesti makan makanan berzat dan bervitamin agar tubuh dapat melawan penyakit. Selain itu, kita patut tidur yang cukup untuk mengelakkan rasa mengantuk supaya tubuh kekal bertenaga. Oleh itu, kita perlu bersenam untuk menyingkirkan toksin daripada badan supaya tubuh cergas .Seterusnya, kita wajar minum air yang cukup agar kekal sihat. Akhirnya, kita hendaklah beriadah seperti mendaki gunung.

65 patah perkataan

***(Ingat arahan UPSR ulasan tidak kurang 50 patah perkataan sehingga tidak lebih 80 patah perkataan)



30 Mac 2020

Hari ini cikgu hendak respon tentang peperiksaan UPPM1 yang lalu. Terlebih dahulu tahniah kepada semua murid yang berjaya hadir untuk menduduki peperiksaan itu. Ingat ya, peperiksaan penting untuk menguji tahap prestasi anda terhadap mata pelajaran yang dipelajari.

Bahagian A
Lihat dan fahami grafik yang diberikan ya.
Baca semua ayat dan arahan sebelum meneliti dan memahami gambar.

Gambar yang diberi tersebut ialah mengenai aktiviti gotong-royong.
Tindakan calon-calon seperti di bawah ya;
1. Senaraikan idea-idea aktiviti daripada gambar (5 idea).
2. Tulis 5 ayat. Setiap 1 idea 1 ayat yang lengkap dan gramatis.

**ayat yang lengkap (ada subjek dan pradikat)
**ayat gramatis (ayat yang ada perluasan bahasa)




Berikut ialah senarai idea-idea daripada gambar.

1. memotong rumput
2. menyapu sampah/menggaruk rumput
3. membersihkan longkang
4. menanam pokok
5. membuang sampah

Berikut cadangan ayat daripada saya untuk rujukan calon-calon UPSR dan sebagai langkah tambah baik ayat.

1. Pak Samad tekun memotong rumput menggunakan mesin supaya rumput kelihatan pendek dan kemas.

2. Pang Chu May menolong mengumpulkan rumput-rumput yang sudah dipotong supaya halaman itu bersih dan cantik.

3. Encik Tan mengeluarkan tanah dan sampah daripada longkang agar aliran air tidak tersumbat.

4. Puan Julita menanam pokok-pokok bunga hiasan untuk menambahkan lagi keindahan halaman.

5. Dalina membuang bungkusan sampah yang sudah dikumpulkan ke dalam tong sampah agar kebersihan sentiasa terjamin.

**peringatan ya...pastikan tulis ayat dengan betul (ejaan dan tanda baca)
Selalu cikgu telah buat peringatan agar tidak diabaikan aspek tatabahasa tersebut kerana kesalahanan itu akan menjejaskan kutipan markah anda.

28 Mac 2020

PENJADUALAN  SEMULA TARIKH-TARIKH PEPERIKSAAN AWAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Panduan khususnya calon-calon UPSR


25 Mac 2020

LATIHAN ULASAN
Soalan ini akan kelur dalam Kertas BM 012 Bahagian B.
Tip pembelajaran: Calon-calon mesti melihat dengan teliti gambar (bahan rangsangan) yang diberi. Catatkan atau tandakan idea-idea utama yang diberi. Kemudian, bina ulasan tidak kurang 50 patah perkataan berdasarkan idea yang diberi itu.





Jawapan anda boleh dihantar ke email saya untuk disemak.
email adress:


Baca dan fahami contoh karangan di bawah
KARANGAN SYARAHAN- (Bahan dikongsi daripada akhbar didik BH)






LIHAT DAN FAHAMI GAMBAR DI BAWAH. 
Soalan seperti ini biasanya akan keluar dalam kertas BM011 Bahagian B. Calon-calon mesti berpengetahuan supaya boleh menjawab soalan seperti ini.



LATIHAN SIMPULAN BAHASA
Sila jawap ya. 



Jawapan hantar email kepada saya ya
email adress:


JOM PEMBELAJARAN MAYA SEMOGA BERMANFAAT SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)  YA. USAHA TANGGA KEJAYAAN. AMIN

BACA TAU NI CONTOH KARANGAN UNTUK HARI INI. KARANGAN INI  DIKONGSI OLEH GOLONGAN CIKGU2 JUGA SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT