RESPON PEPERIKSAAN UPPM1
Respons ulasan UPPM1
Bahagian B
Gambar yang diberi menunjukkan amalan gaya hidup sihat.
Langkah-langkah calon
1. Lihat dan fahami gambar.
2. Telitikan tajuk dan idea-idea yang telah diberi pada setiap gambar (Jika ada)
3. Jika tiada idea diberi pada setiap gambar, calon mestilah mencatat/ menulis idea-idea yang
sesuai dengan gambar dan tajuk utama.
Gambar di bawah bertajuk amalan gaya hidup sihat (tiada idea-idea untuk tiap-tiap gambar).
Oleh itu, senaraikan idea-idea yang relevan seperti berikut;
a. makan makanan berkhasiat
b. tidur yang cukup
c. bersukan/bersenam
d. minum air mineral yang cukup
e. beriadah
4. Tulis ulasan yang lengkap berdasarkan idea-idea di atas tidak kurang 50 patah perkataan.
Berikut adalah panduan cara menulis ulasan.
1. Ulasan mesti ditulis dalam bentuk perenggan. Satu perenggan boleh. Dua perenggan boleh dan tiga perenggan boleh.
Saya suka mencadangkan calon-calon menulis ulasan hanya satu perenggan sahaja. MENGAPA????
MENGAPA Saya mencadangkan satu perenggan????
Penyebabnya ialah untuk menyedarkan @ mengingatkan calon bahawa yang sedang ditulis ialah ulasan bukan karangan. Di bimbangi calon-calon terleka semasa menulis seolah-olah bahagian yang ditulis itu ialah karangan (bahagian C). Jadi calon-calon akan membuang masa yang lama sedangkan bahagian C sebenarnya belum dijawab. Hal ini akan menyebabkan calon-calon kehilangan masa untuk menyiapkan penulisan karangan di bahagian C. Sekali gus calon-calon akan kehilangan markah yang banyak di bahagian C.
INGATLAH, mencari jalan mudah dan tidak menyalahi syarat LPM adalah hal yang menyelamatkan diri anda.
Berikut ialah panduan lengkap ulasan.
Berikut adalah ulasan cadangan daripada saya sebagai rujukan dan panduan.
Ada banyak cara amalan gaya hidup sihat Antaranya, kita mesti makan makanan berzat dan bervitamin agar tubuh dapat melawan penyakit. Selain itu, kita patut tidur yang cukup untuk mengelakkan rasa mengantuk supaya tubuh kekal bertenaga. Oleh itu, kita perlu bersenam untuk menyingkirkan toksin daripada badan supaya tubuh cergas .Seterusnya, kita wajar minum air yang cukup agar kekal sihat. Akhirnya, kita hendaklah beriadah seperti mendaki gunung.
65 patah perkataan
***(Ingat arahan UPSR ulasan tidak kurang 50 patah perkataan sehingga tidak lebih 80 patah perkataan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan