PAUSE HERE

30 Mac 2020

Hari ini cikgu hendak respon tentang peperiksaan UPPM1 yang lalu. Terlebih dahulu tahniah kepada semua murid yang berjaya hadir untuk menduduki peperiksaan itu. Ingat ya, peperiksaan penting untuk menguji tahap prestasi anda terhadap mata pelajaran yang dipelajari.

Bahagian A
Lihat dan fahami grafik yang diberikan ya.
Baca semua ayat dan arahan sebelum meneliti dan memahami gambar.

Gambar yang diberi tersebut ialah mengenai aktiviti gotong-royong.
Tindakan calon-calon seperti di bawah ya;
1. Senaraikan idea-idea aktiviti daripada gambar (5 idea).
2. Tulis 5 ayat. Setiap 1 idea 1 ayat yang lengkap dan gramatis.

**ayat yang lengkap (ada subjek dan pradikat)
**ayat gramatis (ayat yang ada perluasan bahasa)




Berikut ialah senarai idea-idea daripada gambar.

1. memotong rumput
2. menyapu sampah/menggaruk rumput
3. membersihkan longkang
4. menanam pokok
5. membuang sampah

Berikut cadangan ayat daripada saya untuk rujukan calon-calon UPSR dan sebagai langkah tambah baik ayat.

1. Pak Samad tekun memotong rumput menggunakan mesin supaya rumput kelihatan pendek dan kemas.

2. Pang Chu May menolong mengumpulkan rumput-rumput yang sudah dipotong supaya halaman itu bersih dan cantik.

3. Encik Tan mengeluarkan tanah dan sampah daripada longkang agar aliran air tidak tersumbat.

4. Puan Julita menanam pokok-pokok bunga hiasan untuk menambahkan lagi keindahan halaman.

5. Dalina membuang bungkusan sampah yang sudah dikumpulkan ke dalam tong sampah agar kebersihan sentiasa terjamin.

**peringatan ya...pastikan tulis ayat dengan betul (ejaan dan tanda baca)
Selalu cikgu telah buat peringatan agar tidak diabaikan aspek tatabahasa tersebut kerana kesalahanan itu akan menjejaskan kutipan markah anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan