Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam di negara sendiri. Buah-buahan tempatan seperti jambu, nangka , betik dan lain-lain lagi senang diperoleh. Manakala buah-buahan luar Negara ialah buah-buahan yang berasal dari luar Negara seperti epal, anggur, kiwi dan lain-lain.
Buah-buahan
tempatan mempunyai
khasiat yang setanding malah ada yang lebih baik lagi berbanding buah-buahan
luar negara. Kita boleh memperoleh buah-buahan tempatan yang lebih
segar tanpa bahan pengawet. Ini dapat meningkatkan tahap kesihatan yang lebih
baik berbanding makan buah-buahan luar negara yang mempunyai bahan pengawet
yang boleh menjejaskan kesihatan kita.
Kita dapat menjimatkan
belanja dengan memakan buah-buahan tempatan kerana harga yang lebih
murah berbanding buah-buahan luar negara. Dengan itu, kita dapat khasiat
dengan memakan buah-buahan tempatan dengan mudah.Kebanyakan rakyat termasuk
rakyat berpendapatan rendah mampu membeli buah-buahan tempatan berbanding
buah-buahan luar negara yang lebih mahal harganya.
Sehubungan itu, kita dapat meningkatkan ekonomi negara kita. Pendapatan para
petani kita yang mengusahakan tanaman buah-buahan tidak terjejas malah semakin
meningkat. kita dapat membantu para pengusaha tanaman buah-buahan
meningkatkan produktiviti mereka.
Jelaslah bahawa makan buah-buahan tempatan lebih baik daripada makan
bauah-buahan luar negara. Buah-buahan tempatan mampu membekalkan serat dan vitamin yang baik untuk badan.
slm
BalasPadam