Cara-cara
memupuk semangat kejiranan
Jiran
ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
kita. Jiran memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana
jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan
menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu,
sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.
Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara satu sama lain.
Selain itu, semangat
kejiranan dapat dipupuk
dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat
berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita
dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama
jiran.
Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih.sayang.sesama.jiran.
Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni.
KLIK MUAT TURUN

cikgu ada tak bina ayat (memupuk semanagat kejiranan)
BalasPadamsemangat
Padam