PAUSE HERE

02 September 2014

    Faedah-faedah pelajar  menyertai kegiatan kokurikulum

            Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan di luar jadual waktu belajar. Kegiatan kokurikulum terbahagi pada tiga bahagian iaitu kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta unit pakaian seragam.

          Apabila menyertai kegiatan kokurikulum, para pelajar dapat memantapkan pengetahuan mengenai sesuatu kegiatan. Para pelajar mendapat ilmu mengenai kemahiran tertentu seperti berkhemah atau meningkatkan kemahiran dalam sukan yang diikuti.

          Selain itu, para pelajar dapat memupuk disiplin yang tinggi dalam diri.  Setiap aktiviti yang dilakukan memerlukan pelajar patuh kepada peraturan. Ini dapat menyemai jati diri dan menjadi pelajar yang bertanggungjawab.

          Justeru, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat memupuk sikap positif dalam diri pelajar. Para pelajar dapat belajar bagaimana untuk bekerjasama dan mempunyai semangat setia kawan. Setiap aktiviti yang dijalankan  dapat menjadikan para pelajar bersatu padu dan membuat aktiviti dalam suasana harmonis.

          Seterusnya, bakat para pelajar dapat dicungkil melalui kegiatan kokurikulum. Bakat yang terpendam dapat dipupuk dan dikembangkan untuk kebaikan pelajar . Para pelajar dapat menggunakan bakat yang ada untuk mencorak kerjaya pada masa hadapan.

          Oleh itu, para pelajar perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan kokurikulum. Jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum memberi banyak faedah kepada pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan