Berjimat-cermat
Amalan Mulia
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran. Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat
Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan
atau menabung wang untuk tujuan yang
lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih
berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi. Tambahan lagi,
wang akan dapat digunakan semasa menghadapi kesusahan.
Selain itu, sikap
berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum
membeli sesuatu barangan. Sikap
seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang
perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu
merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan
seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan
boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup
berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga
menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.
KLIK MUAT TURUN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan