PAUSE HERE

02 September 2014

    Faedah-faedah bersukan
          
             Bersukan merupakan aktiviti  luar yang menyebabkan proses perpeluhan berlaku. Kita boleh bersukan secara individu mahupun berkumpulan.Ada banyak sukan yang boleh diceburi seperti bermain badminton, bola sepak, berjoging, berbasikal dan lain-lain.

            Apabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan yang banyak dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan itu mengandungi bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi, perpeluhan telah menyingkirkan toksid.

          Selain itu, kita dapat juga mencerdaskan otak. Dengan bersukan, oksigen lebih banyak sampai ke otak. Aliran darah dalam badan bergerak sempurna.  Otak yang cerdas membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.

          Di samping itu, bersukan akan dapat menambah kenalan. Kita akan mengenali lebih banyak kawan  semasa bersukan. Apabila mendapat ramai kawan, kita tidaklah kekok untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan kita seorang yang aktif.

          Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. Aktiviti bersukan banyak memberi faedah kepada kita. Oleh itu, kita dapat mengelakkan diri daripada gejala negative seperti melepak, merayau-rayau dan berpoya-poya.

         Jelaslah bahawa bersukan memang banyak faedahnya. Semua orang digalakkan menyertai kegiatan sukan. Bak kata pepatah, rakyat sihat negara makmur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan