Hobi
saya/faedah-faedah membaca
Hobi bermaksud sesuatu aktiviti yang
dilakukan apabila waktu lapang. Semua orang mempunyai hobi yang tersendiri. Ada
bermacam-macam hobi yang boleh dilakukan seperti membaca, memasak, bermain bola dan berkebun.
Hobi saya ialah membaca novel.
Membaca boleh memberi banyak faedah. Dengan membaca saya dapat membaiki aspek bahasa. Semasa membaca saya dapat melihat ejaan yang betul untuk sesuatu perkataan. Malahan saya akan menemui banyak kosa kata baru. Saya juga dapat membaiki struktur ayat yang betul untuk mengarang.

Membaca juga dapat menguatkan
imaginasi. Proses imaginasi sangat baik untuk otak. Semasa proses
imaginasi sel-sel otak berhubung antara satu sama lain untuk menghasilkan imeg
secara maya. Maklumat akan terhasil setelah otak mendapat maklumat daripada bahan
bacaan. Jadi, otak aktif bekerja yang
menjadikan sesorang itu mampu berfikiran matang dan jauh ke hadapan.
Membaca dapat mengisi masa dengan cara yang berfaedah. Ia boleh dilakukan setiap kali ada masa yang terluang. Oleh itu, masa tidak akan dibazirkan dengan sia-sia seperti tidur berpanjangan, melepak dan lain-lain.
Jelaslah, membaca boleh dijadikan sebagai hobi yang baik . Orang yang membaca sentiasa menambah ilmu dan bermaklumat.
KLIK MUAT TURUN

Tiada ulasan:
Catat Ulasan