Cara-cara menceriakan kawasan sekolah
Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu.
Kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut
ilmu. kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar
akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.
Salah satu langkah cara untuk menceriakan kawasan sekolah adalah mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.
Seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program sekolah dalam taman patut
diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang
menghijau. Persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Landskap
sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan buatan serta
pondok untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut
ilmu.
Di
samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan
boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke
sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.”
Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh
menyediakan cat dan berus cat. Kelab atau persatuan kokurikulum juga
digalakkan melukis mural pada dinding sekolah. Suasana Nampak lebih cantik.
Kesimpulannya, semua warga sekolah
hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah. Dalam hal ini,
guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga
persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.
Disediakan
oleh,
http://www.cikgusitiami.blogspot.com
hai
BalasPadamvery good
BalasPadamok very good
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamok very good
BalasPadamImpressive
BalasPadam